Terms & Condition


DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:

1. Harga sewa kenderaan ini adalah seperti yang dinyatakan.         

2. PEMILIK KERETA berhak menuntut bayaran tambahan jika kenderaan ini lewat dikembalikan selepas   tamat tempoh sewaan seperti di atas pada kadar RM 10 / jam.            

3. Kenderaan ini tidak digunakan untuk segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang Malaysia.

4. PENYEWA KERETA adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku penyalahgunaan kenderaan ini seperti terlibat dengan segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang Negara.

5. PENYEWA KERETA bertanggungjawab membayar segala saman, kompaun atau denda dalam tempoh sewa seperti di atas.

6. PEMILIK KERETA berhak menuntut sebarang ganti rugi jika berlaku kerosakan kecil atau besar / kemalangan / kehilangan ynag melibatkan kenderaan tersebut sepanjang tempoh penyewaan.
 
 7. PENYEWA KERETA bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan kereta termasuk kos ganti rugi atau bayaran kerosakan akibat dari kemalangan tersebut membabitkan kereta PEMILIK KERETA dan juga semua kereta ‘pihak ketiga’ yang terlibat jika ada. PENYEWA KERETA juga bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran kecederaan sendiri dan ‘pihak ketiga’ akibat dari kemalangan itu jika ada.
  
8. PENYEWA KERETA tidak dibenarkan menukar, mengambil sebarang alat ganti terhadap kenderaan yang disewa. Jika ingkar laporan polis dibuat “Kes curi spare-part kenderaan”.
  
9. Wang deposit minima adalah sebanyak RM 100.00 bergantung kepada jenis kenderaan. Wang deposit akan dikembalikan selepas tempoh 7 hari bekerja, sekiranya tiada rekod saman dan kenderaan dalam keadaan baik seperti semasa disewa.
 
10. Penjagaan kenderaan semasa tempoh sewaan adalah dibawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Jadi diingatkan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan kenderaan tersebut.

No comments: